Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan mendapati ajaran dan pahaman Global Investment Services and Businesses Holdings (GISBH) adalah sama dengan Al-Arqam yang telah difatwakan sesat pada 2016.

Bagaimanapun Muftinya, Prof Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin berkata, jawatankuasa fatwa negeri yang bermesyuarat pada 28 September lalu masih belum membuat keputusan untuk mengeluarkan fatwa baharu berhubung perkara itu.

Katanya Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan akan membuat keputusan muktamad berhubung perkara itu dalam mesyuaratnya bulan ini.

“Ini kerana fatwa berhubung ajaran Al-Arqam telah difatwakan (sesat) pada 2016 dan masih lagi relevan maka ia boleh dilaksanakan bagi menangani ajaran GISBH.

Setakat ini tiga negeri yang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH sebagai sesat ialah Perlis, Selangor dan Pahang.

Bulan lepas, polis telah melaksanakan 572 kanak-kanak dan remaja dari rumah amal yang dikaitkan GISBH dengan dakwaan eksploitasi, penderaan kanak-kanak dan manipulasi agama. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast