Khoo Poay Tiong.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong meminta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menemui ahli keluarga seorang doktor di Lahad Datu yang disyaki membunuh diri pada 29 Ogos lepas.

Tindakan oleh mendiang pakar patologi Dr Tay Tien Yaa dikatakan kerana tidak tahan dibuli oleh ketua jabatannya.

Poay Tiong berkata, Dr Dzulkefly perlu memastikan siasatan berkaitan kes ini disiasat dengan telus.

“Pastinya pertemuan antara Menteri dan warga keluarga mendiang dapat beri kelegaan kepada mereka yang masih bersedih dengan pemergian Dr Tay.

“Ramai juga sedang ternanti apakah keputusan laporan siasatan itu, jangan kecewakan harapan umum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam Dr Dzulkefly menafikan dakwaan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) lambat melaksanakan siasatan berhubung kematian doktor tersebut.

Sebelum ini, adik mangsa yang dikenali sebagai YS Tay mendakwa Tien Yaa ditindas pegawai atasannya selain menghadapi tekanan sepanjang bertugas di unitnya akibat beban kerja melampau.

Kata Poay Tiong, beliau menghargai komitmen Dr Dzulkefly dalam isu itu namun berharap beliau dapat meluangkan masa untuk bertemu keluarga itu.

“Saya hargai siasatan dalaman sedang dijalankan, namun hakikatnya bahawa Pasukan Petugas Bebas hanya akan memulakan kerjanya pada 10 Oktober menimbulkan kebimbangan mengenai kelajuan tindakan yang diambil.

“Ini adalah kematian yang mempunyai masalah kepentingan awam dan perlu ditangani dengan telus,” tegasnya. -MalaysiaGazette

Kes kematian doktor: Dakwaan KKM lambat siasat tak tepat – Dr Dzulkefly

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast