Pelakon dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin tiba bagi mendengar sebutan kedua kes cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Foto SADIQ SANI, 07 OKTOBER 2024

SHAH ALAM – Kemelut rumah tangga pasangan pelakon terkenal Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharfifuddin bersama suaminya, Fattah Amin yang dibina selama tujuh tahun akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai talak satu hari ini.

Fattah atau nama sebenarynya Abdul Fattah Mohd Amin, 33, melafazkan cerai ke atas Fazura, 41, sekitar jam 9.45 pagi tadi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fattah Amin tiba bagi mendengar sebutan kedua kes cerai terhadap isterinya, Nur Fazura Sharifuddin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam. Foto SADIQ SANI, 07 OKTOBER 2024

Selepas talak dilafazkan, Hakim Syarie kemudian memerintahkan Fazura menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan penceraian mereka.

Semasa prosiding, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong manakala Fazura diwakili peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Pada 13 September lalu, Fazura telah menfailkan permohonan cerai ke atas Fattah atas alasan tiada persefahaman selepas membina mahligai pada 27 November 2017.

Pasangan selebiriti yang menjadi perhatian ramai itu, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sebelum ini, status rumah tangga pasangan filem Pendekar Awang itu sering menjadi perhatian di media sosial selepas timbul dakwaan diganggu orang ketiga. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here