Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bergambar bersama para hadirin dan peserta-peserta yang hadir pada Majlis Pelepasan Peserta Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1). Foto SADIQ SANI, 07 OKTOBER 2024

SEPANG – Hubungan baik yang terjalin di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan tertinggi China memberikan impak positif dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  berkata, beliau positif kerajaan China akan menambah lagi peserta kuota bagi Program Malaysia-China Youth-TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.

“Saya yakin hubungan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri China, Li Qiang, saya fikirlah dalam hati dan minda saya, tahun depan mereka akan tambah lagi untuk menghantar pelajar-pelajar kita dalam program TVET (MCYTT) ini,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Pelepasan Peserta Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1). Foto SADIQ SANI, 07 OKTOBER 2024

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Peserta Malaysia-China TVET Training (MCYTT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Satu (KLIA 1), di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, penambahan kuota itu antara lain sebagai hubungan diplomatik China-Malaysia yang ke-50 tahun. 

“Kita ketahui bahawa Malaysia 50 tahun yang sudah di bawah kepimpinan (Perdana Menteri kedua), Tun Abdul Razak Hussein, beliau telah berjumpa dengan Perdana Menteri China, Zhou Enlai.

“Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang telah membuka kedutaan dan juga mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China. Pihak China sangat menghargai Malaysia sebabnya antara negara yang paling rapat di ASEAN ini dengan China ialah negara kita, negara Malaysia,” ujarnya.

MCYTT telah digerakkan lebih awal pada 2 Julai 2023 yang memfokuskan penghantaran bakat TVET dalam kalangan belia ke China menjalani latihan jangkamasa pendek, sederhana dan panjang dalam pelbagai bidang seperti Teknologi Electric Vehicle (EV), Solar, IOT, Al, Cyber Security dan banyak lagi

Sehingga kini, seramai 1,776 bakat TVET tempatan dalam kalangan belia menjalani latihan di China menerusi institusi TVET serta industri di negara berkenaan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here