Pelakon, Abdul Fattah Mohd Amin beredar selepas disahkan bercerai dengan isterinya, Nur Fazura Sharifuddin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam. Foto SADIQ SANI, 07 OKTOBER 2024

SHAH ALAM – Fattah Amin dan Fazura perlu menjaga aib dan tidak boleh memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Itu antara kandungan perjanjian yang dipersetujui oleh pasangan pelakon ini untuk perceraian mereka hari ini.

Sehubungan itu, peguam Syarie, Zulkifli Che Yong berkata, beliau akan sentiasa  menasihati Fattah atau nama sebenarynya Abdul Fattah Mohd Amin, 33, supaya tidak ‘lari’ daripada perjanjian yang telah dipersetujui.

“Saya  sentiasa menasihati Fattah dalam memberikan kenyataan, kita jangan lari daripada perjanjian yang dipersetujui. Masing-masing ada alasan tetapi berdasarkan perjanjian ini tidak boleh diaibkan.

“Saya belum menilai kenyataan pihak sana (Fazura). Anak guam saya perlu menilai dulu apa kenyataan-kenyataan yang berbentuk tohmahan atau mengaibkan dan sekiranya berlaku ia satu perlanggaran terhadap perjanjian,” katanya.

Nur Fazura Sharifuddin gagal menahan air mata ketika ditemubual wartawan selepas disahkan bercerai dengan suaminya, Abdul Fattah Mohd Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam. Foto SADIQ SANI, 07 OKTOBER 2024

Tambah beliau, sekiranya wujud pelanggaran ke atas perjanjian tersebut, pihak yang menjadi mangsa boleh memfailkan permohonan kerana didakwa menghina mahkamah.

“Sekiranya dibenarkan, mahkamah akan mengeluarkan satu notis tunjuk sebab kenapa seseorang itu tidak patut dipenjarakan kerana tidak melaksanakan perintah yang telah ditetapkan. Justeru itu, kedua-dua pihak perlu melaksanakan terma-terma yang telah dipersetujui,” katanya.

Terdahulu, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharfifuddin 41, mendedahkan beberapa punca penceraian beliau antara adalah disebabkan kecurangan Fattah.

Malah pelakon terkenal itu juga turut memakumkan, Fattah tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak perempuan tunggal mereka, Nur Fatima Aisya yang berusia empat tahun.

Beliau juga mengakui terdapat banyak pengorbanan telah dilakukan untuk perkahwinannya termasuk membelikan sebuah kereta mewah jenis Range Rover untuk keselesaan pelakon lelaki itu.

Sementara itu, Peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura berkata, setelah meneliti cadangan persetujuan dikemukakan pihak defendan (Fattah), kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk bercerai.

Abdul Fattah Mohd Amin beredar selepas disahkan bercerai dengan isterinya, Nur Fazura Sharifuddin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam. Foto SADIQ SANI, 07 OKTOBER 2024

Jelasnya, ia termasuklah berhubung hak penjagaan anak yang akan direkodkan di Mahkamah Tinggi Syariah setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

“Pihak defendan telah dibenarkan untuk melafazka cerai talak satu untuk pertama kali kepada plaintaif (Fazura) pada jam 9.45 pagi tadi.

“Oleh tu, terma persetujuan telah direkodkan berkaitan nafkah idah dan nafkah anak serta apa-apa berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fakhrul turut memaklumkan pihaknya telah mengemukakan notis saman kepada individu yang membuat kenyataan tidak benar berkaitan rumah tangga pasangan selebriti itu.

“Individu itu menyatakan Fazura telah mengkambinghitamkan Fattah, seolah-olah Fazura telah menimbulkan isu berkaitan dengan curang sebelum kita hadir ke mahkamah pada 25 September lalu. Sebenarnya Fazura tidak pernah cakap langsung ketika itu bahawa berlakunya curang antara Fattah,” ujarnya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Fattah dan Fazura menemui titik noktah yang dibina selama tujuh tahun akhirnya menemui titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu hari ini.

Fattah selesai melafazkan cerai ke atas Fazura, sekitar jam 9.45 pagi tadi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Keputusan itu lafaz dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here