Pengasas Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN)

KUALA LUMPUR – “Saya akan terus berjuang untuk membantu mangsa!”

Itu Pengasas Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN), Joseph Prakash mengenai perjuangannya terhadap sindiket skim pelaburan tidak wujud yang disyaki telah memperdaya lebih 80 pelabur.

Menurut beliau, skim pelaburan berkenaan menawarkan pulangan dividen setiap bulan, namun tidak mengotakan janjinya.

“Pihak PKIPN telah menerima aduan daripada beberapa pengadu yang disyaki telah menjadi mangsa penipuan dengan anggaran kerugian antara RM20,000 hingga lebih RM600,000.

“Sebagai makluman, ada tujuh individu yang menjadi dalang dalam sindiket ini yang merupakan ejen untuk mencari pelabur di bawahnya,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Menurut Joseph, aduan yang diterima daripada pengadu menyatakan bahawa mereka ditipu apabila wang dividen mangsa tidak dipindahkan pada bulan kelapan selepas pelaburan dibuat dan sindiket terbabit tidak mahu bertanggungjawab ke atas wang mangsa.

Beliau kemudian telah memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat mangsa dan pihaknya akan cuba untuk membantu kesemua mangsa yang terlibat bagi mendapatkan semula wang mereka. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here