Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar bercakap pada sidang media mengenai hari penamaan calon bagi PRK N29 DUN Mahkota di Pusat Penamaan Calon Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang. Foto SADIQ SANI, 14 SEPTEMBER 2024

JOHOR BAHRU – Dua warga asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, dua lelaki berkenaan berusia 66 dan 70 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

“Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri johor semalam dan menerima arahan pertuduhan hari ini.

“Jika disabitkan kesalahan mereka berdepan dengan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tiga  bulan atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” katanya dalam kanyataan hari ini.

Kumar berkata, pihaknya juga melakukan tangkapan baharu membabitkan dua lelaki, semalam.

Beliau berkata, ini termasuk seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun ditahan pada pukul 6 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Menurutnya, seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan di sebuah penginapan di Desaru, Kota Tinggi, pada pukul 8 malam.

“Mereka diberi jaminan hingga siasatan selesai dan dijamin oleh warga tempatan,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, polis menahan menahan tiga lelaki berusia antara 39 tahun hingga 70 tahun di sebuah hotel di Desaru di sini selepas dipercayai berpakaian tidak senonoh dan lucah.

Bagaimanapun seorang lelaki sudah dibebaskan.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program larian antara bangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi.

Tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sebuah hotel di Kota Tinggi pada pukul 10 malam kelmarin.

Polis turut merampas pakaian serta aksesori yang dipercayai dipakai ketika larian terbabit.

Ini termasuk sari berwarna merah, skirt warna merah, tiga keping kadbod berwarna perak dan batang tombak tiruan berwarna perak.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here