Muhammad Haikal Daniel Mohd Zainizam bersama nenek beliau, Normaidia Ahmad semasa mendaftar bagi kemasukkan pelajar baharu sesi 2024/2025 di Universiti Putra Malaysia .

SERDANG – Nenek menjadi sumber kekuatan dalam hidup seorang lepasan
diploma yang menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) demi mengubah
masa depannya.

Pelajar Bacelor Ekonomi dengan Kepujian, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM,
Muhammad Haikal Daniel Mohd Zainizam berkata, dia ingin membalas jasa dan
pengorbanan neneknya yang telah menjaganya sendirian sejak bayi hingga
dewasa.

“Alhamdulillah, saya nekad untuk menyambung pengajian bagi mengubah nasib kami
berdua yang kurang berkemampuan disebabkan kemiskinan,” katanya.

“Hari ini, saya sepatutnya mendaftar di UPM menaiki Grab. Namun, dengan bantuan ahli
keluarga yang sudi menghantar, saya berjaya mendaftar di UPM bersama-sama nenek.”

“Saya berasa sangat sebak melihat nenek sanggup menghantar saya ke UPM walaupun
keadaannya sangat uzur. Terima kasih nenek kerana sentiasa ada dalam hidup saya dan
sering memberi semangat untuk saya lebih berjaya,” katanya ketika ditemui di Kolej
Canselor hari ini.

Beliau yang menetap di Paya Jaras, Sungai Buloh berkata, impiannya untuk menjadi seorang penganalisis ekonomi seperti idolanya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz.

Haikal, anak sulung daripada dua beradik, sebelum ini bekerja di sebuah kilang demi
menampung kehidupan dan menimba pengalaman.

Kini, beliau nekad untuk menyambung pengajian bagi menjadi contoh kepada generasi akan datang bahawa kemiskinan bukanlah penghalang kejayaan. – MalaysiaGazette

 

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here