Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur. foto AIZAT ZAINAL, 06 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$119.7 bilion pada 30 September 2024 berbanding AS$117.6 billion pada 13 September lalu.

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

Bank Pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan,1 dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here