Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke Abu Dhabi untuk menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Mohamad Bin Zayed University for Humanities baru-baru ini.

KUANTAN – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memeterai kerjasama dengan Mohamad Bin Zayed University for Humanities (MBZUH) baru-baru ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kolaborasi ketiga-tiga institusi pengajian itu telah dilhamkan oleh  Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah.

Beliau yakin kerjasama itu akan membawa kemajuan dalam kecemerlangan bidang akademik, penyelidikan dan inovasi serta menyediakan peluang berharga untuk komuniti ketiga-tiga institusi pendidikan tinggi ini.

”Alhamdulillah, kerjasama yang penuh makna ini telah dimeterai baru-baru ini di MBZUH, Abu Dhabi.

”Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selaku Penaung Pro Canselor UMPSA dan Canselor UNIPSAS telah berkenan untuk menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)  bagi ketiga-tiga institut pengajian tinggi ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar Wan Rosdy, kerjasama menerusi MoU ini membuka peluang signifikan dalam pelbagai bidang akademik dan penyelidikan, termasuklah program dual ijazah, Muádalah (pengiktirafan ijazah), mobiliti bukan akademik; pertukaran pensyarah dan pelajar serta kerjasama dalam bidang penyelidikan.

”Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang, Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Mohd. Soffi Abd. Razak. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here