Perdana Menteri bersama isteri di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

KUALA LUMPUR – Isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menjalani satu prosedur di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini.

Menurut kenyataan Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, keadaan Wan Azizah dalam keadaan baik namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.

“Kami menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas doa serta ingatan buat kesembuhan segera Datuk Seri Wan Azizah dan berterima kasih atas ruang privasi diberikan kepada beliau untuk terima rawatan dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik gambarnya bersama Wan Azizah di hospital tersebut sambil memohon doa agar isterinya sihat secepat mungkin. 

“Susah senang bersama! Doakan kesihatan isteri saya diberi keafiatan sesegera mungkin. Insya-Allah,” tulisnya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast