Awang Adek menyampaikan replika kemenangan kereta kepada seorang penduduk Johor sempena Majlis Cabutan yang berlangsung di Angsana Mall, Johor Bahru semalam

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas seakan bermimpi apabila diumumkan menjadi jutawan segera menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pada mulanya wanita berkenaan menyangka panggilan yang diterima memaklumkan kepadanya tentang perkara itu adalah daripada scammer.

Dia tidak mempedulikannya panggilan telefon tersebut yang sebenarnya dibuat pihak BSN.

Malah wanita berkenaan juga bertindak memarahi pegawai BSN terbabit yang berusaha memaklumkan kemenangan itu beberapa kali.

Keadaan itu menyebabkan pihak BSN menghubungi anak wanita tersebut sebelum dia dibawa ke ke cawangan dan akhirnya percaya dirinya adalah jutawan SSP.

Itu antara keadaan lucu dikongsikan Pengerusi BSN, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berhubung kejadian menimpa seorang wanita yang juga pendeposit SPP BSN apabila menerima durian runtuh.

Menurutnya, sehingga kini 104 ‘jutawan segera’ berjaya dilahirkan BSN menerusi SSP iaitu inisiatif menggalakkan tabiat menabung dalam kalangan rakyat negara ini.

“Ketika ini kira-kira 6.2 juta pendeposit dengan jumlah simpanan bernilai lebih dari RM5.4 bilion setakat ini.

“Lebih 500,000 SSP adalah pendeposit dari Johor dengan jumlah simpanan melebihi RM553 juta.

“BSN turut berbangga kerana melahirkan seramai 103 jutawan BSN SSP, di mana 12 daripadanya berasal dari Johor.

“Bilangan itu antara yang tertinggi. Oleh itu rugi kalau tidak masuk SPP kerana setiap bulan ada jutawan, mana ada bank buat begini dan ini istimewa kerana melambangkan jenama kita,” katanya ketika hadir di Majlis Cabutan yang berlangsung di Angsana Mall di sini semalam.

Tambah beliau lagi, pihaknya selepas ini akan ke Kuantan, Pahang dan cabutan bakal diadakan di Kuala Lumpur pada Disember depan yang menawarkan cabutan bernilai RM2 juta.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here