Aksi pekerja yang tular di media sosial. #malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Pemegang francais Auntie Anne’s di Malaysia telah memecat seorang pekerja cawangan pusat membeli belah, Midvalley selepas tular video dan foto dia membuat aksi bermain dan mencuim tepung uli untuk dijadikan pretzel.

Menurutnya, pekerja terbabit telah diberhentikan serta-merta susulan insiden berkenaan yang telah mendapat perhatian warganet.

“Terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden yang melibatkan Alice Chang baru-baru ini.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Alice Chang sebelum ini bekerja dengan Auntie Anne’s Malaysia tetapi dia telah diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial.

Menurutnya, Auntie Anne’s Malaysia komited untuk mengikuti piawaian kebersihan dan keselamatan yang tinggi untuk pelanggan dan kakitangan.

Tambah beliau, rangkaian makanan berkenaan tidak membenarkan atau bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang menjejaskan piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Sebagai sebahagian daripada langkah proaktif cawangan Midvalley akan ditutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh.

“Kedai akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan.

“Kami menghargai pemahaman dan kesabaran pelanggan kami yang dihargai pada masa ini. Yakinlah, keselamatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.

Rata-rata warganet yang berkongsi video dan foto pekerja terbabit menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan.

Auntie Anne’s ialah rangkaian kedai pretzel francais dari Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Anne F. Beiler dan suaminya, Jonas, pada tahun 1988.

Rangkaian tersebut mempunyai lebih daripada 1,200 kedai di Malaysia di pelbagai lokasi termasuk di Midvalley di ibu negara.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here