Pesawat Emirate

QATAR – Syarikat penerbangan Emirates mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie daripada pesawatnya.

Langkah itu susulan serangan ke atas peranti tersebut yang dibawa oleh Gerakan Hezbollah, bulan lalu.

“Semua penumpang yang melakukan penerbangan ke dari atau melalui Dubai dilarang membawa alat kelui dan walkie talkie dalam bagasi daftar atau kabin,” menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya.

Tambahnya, barang-barang itu, jika ditemui dalam bagasi tangan penumpang atau bagasi berdaftar akan dirampas oleh Polis Dubai.

Alat kelui itu meletup secara setentak di seluruh Lubnan beberapa minggu lalu, diikuti
walkie-talkie dengan cara yang sama.

Lubnan mendakwa Israel bertanggungjawab ata insiden berkenaan.

Pegawai Lubnan menyalahkan Israel atas serangan itu.

Sekurang-kurangnya 37 orang, termasuk kanak-kanak, terbunuh dalam serangan peranti berkembar itu, dan hampir 3,000 yang lain cedera. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast