Foto Sky Sports.

LONDON – Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris mendakwa Chelsea dan Nottingham Forest selepas berlaku pergaduhan di tepi padang tercetus antara pemain mereka ketika seri 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, pada Ahad lalu.

Insiden itu bermula selepas pemain Forest, Neco Williams mencetus konfrontasi  selepas terjahannya ke atas pemain Chelsea, Marc Cucurella.

Terjahan itu menyebabkan Marc Cucurella tercampak ke kawasan teknikal dan berlanggar dengan jurulatihnya Enzo Maresca.

Ia menyebabkan beberapa pemain kemudian menyertai pergaduhan itu termasuk sesetengah pemain dari bangku simpanan, tolak menolak antara satu sama lain sebelum pengadil Chris Kavanagh mengawal keadaan.

Perlawanan itu menyaksikan 11 kad kuning dilayangkan secara keseluruhan.

“Kedua-dua kelab didakwa gagal memastikan pemain mereka tidak berkelakuan tidak wajar dan/atau provokatif sekitar minit ke-88. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast