Empat kru Indonesia yang ditahan bersama bot. Gambar APMM Pahang

KUANTAN – Maritim Malaysia Negeri Pahang menahan empat warga Indonesia bersama sebuah bot pukat tunda kelas C kira-kira pukul 10.15 pagi semalam kerana disyaki melanggar syarat sah lesen penangkapan ikan di perairan negeri ini.

Menurut Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab, pihaknya telah mengesan bot nelayan tersebut sedang menjalankan aktiviti perikanan menggunakan pukat tunda di kawasan yang tidak dibenarkan lebih kurang 10.1 batu nautika barat Pulau Tioman, Rompin.

“Hasil daripada pemeriksaan awal dan penggeledahan tersebut, didapati bot tersebut dikendalikan oleh empat orang kru warga Indonesia berumur dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun.

“Tiada hasil laut ditemukan di atasnya dan kesemua kru yang ditahan bersama bot serta hasil rampasan peralatan menangkap ikan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan di kawasan kurang dari 12 batu nautika dari pantai atau pulau dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast