Pertama Digital

KUALA LUMPUR – Jualan Singkat Harian (IDSS) saham Pertama Digital Bhd digantung sekali lagi bagi tempoh dagangan hari ini selepas harga terakhir bagi sekuriti yang diluluskan itu merosot lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Menerusi laman web, Bursa Malaysia mengumumkan bahawa IDSS saham syarikat itu hanya akan diaktifkan semula pada Khamis, 10 Okt pada pukul 8.30 pagi.

Pada pukul 10.30 pagi, saham Pertama Digital, yang dibuka pada 33 sen seunit, susut kepada 28.5 sen dengan 159.29 juta saham bertukar tangan.

Semalam, Bursa Malaysia mengumumkan IDSS untuk saham Pertama Digital digantung selepas harga terakhirnya susut lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.- BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here