Gambar ihsan IPD Temerloh

KUANTAN – Seorang gadis berusia 20 tahun didapati hilang selepas keluar membuang sampah di hadapan rumahnya di Taman Temerloh Jaya, Temerloh pada Ahad lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, kehilangan Nurul Aliya Zulkifli dilaporkan pada pukul 3.25 pagi oleh bapanya.

“Pengadu kemudian mendapati anaknya tiada di hadapan rumah dan telah membuat carian di sekitar kawasan namun tidak menemuinya.

“Kali terakhir gadis itu dilihat memakai baju blaus berwarna putih berbelang biru, berseluar hitam dan selipar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan memberitahu, gadis tersebut memiliki ketinggian 160 sentimeter dengan berat 45 kilogram dan warna kulit kuning langsat.

Justeru, Mazlan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tentang gadis berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah  Temerloh di 09- 2716222. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here