Karnival Malam Wayang Jogja (WJNC) berjaya memasuki Top 10 Acara Karisma Nusantara (KEN) 2024 yang diiktiraf Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif.

KUALA LUMPUR – Wilayah kedua tertua di Indonesia, Yogyakarta atau lebih dikenali Jogja meraikan ulang tahun ke-268 penuh gilang-gemilang yang berlansung di kawasan ikonik iaitu Tugu Yogyakarta.

Dihadiri Gabenor Yogyakarta Sri Sultan Hamengkubuwana X, beliau turut merasmikan Karnival Malam Wayang Jogja (WJNC) yang kini berjaya memasuki Top 10 Acara Karisma Nusantara (KEN) 2024 dan diiktiraf Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negara itu.

Dalam ucapannya, Sri Sultan melahirkan rasa bangganya dengan pengiktirafan itu dan menekankan WJNC bukan sahaja acara kebudayaan tahunan tetapi bukti bagaimana Yogyakarta terus berinovasi dalam menggabungkan tradisi dengan kemodenan.

“Kolaborasi seni kreatif ini juga harus dijadikan sebagai medium refleksi identiti rakyatnya di mana ahan itu bermuara kepada harapan, akar proses menjadi lebih besar.

“Yogyakarta tetap berpegang teguh pada falsafah kelahirannya di mana KEN adalah bukti bahawa acara ini mempunyai tarikan pelancong dan nilai budaya yang kukuh supaya mereka mampu bersaing di peringkat kebangsaan,” katanya di hadapan lebih 10,000 pengunjung malam kelmarin.

Gabenor Yogyakarta Sri Sultan Hamengkubuwana X merasmikan Karnival Malam Wayang Jogja.

Sri Sultan juga berharap pengiktirafan itu akan mengukuhkan lagi imej Yogyakarta sebagai bandar budaya bertaraf dunia serta menggalakkan pengekalan seni dan tradisi wayang yang merupakan bahagian penting dalam warisan budaya negara.

Selain itu, beliau turut menghargai sokongan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif dan mengharapkan kerjasama dan hubung gan baik antara kerajaan tempatan dan pusat boleh terus mempromosikan acara kebudayaan.

“Penganjuran  WJNC, dapat meningkatkan kunjungan pelancong sambil mengekalkan nilai kelestarian tempatan. Acara ini merupakan salah satu usaha pelestarian budaya yang harus terus kita sokongbersama-sama.

“Menerusi WJNC ini, saya berharap masyarakat khususnya generasi muda boleh mengenali dan mencintai kekayaan budaya Nusantara dan memberi isyarat kepada dunia bahawa budayaIndonesia mempunyai daya tarikan global,” katanya.

Sementara itu, WJNC merupakan karnival jalanan yang dipersembahkan dalam bentuk orkestra oleh 14 daerah kecil mewakili Kota Yogyakarta.

Persembahan ini menggabungkan koreografi, fesyen, muzik kontemporari dan sen yanmg menjadikan acara WJNC amat dinanti-nantikan sebagai magnet untuk menarik kunjungan pelancong dari pelbagai tempat seluruh pelusuk rantau ini. – MalaysiaGazette

WJNC merupakan karnival jalanan yang dipersembahkan dalam bentuk orkestra oleh 14 daerah kecil mewakili ota Yogyakarta.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here