Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor melakukan pemantauan di sebuah kawasan banjir di Kluang. Foto ihsan APM Johor

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 496 mangsa daripada 133 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat pukul 8 pagi ini.

Jumlah berkenaan yang melibatkan mangsa banijr dari Kluang, Pontian dan Batu Pahat itu berkurangan sedikit berbanding 496 mangsa daripada 133 keluarga pada pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, setakat ini di Kluang terdapat dua PPS masih lagi dibuka menempatkan 235 mangsa daripada 61 keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu memberitahu, mereka ditempatkan di Dewan Kampung Kolam Air dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau.

“Sementara di Pontian seramai 244 mangsa daripada 69 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu di SK Seri Anom, SK Parit Markom dan Kompleks Muafakat Kampung Sungai Pinggan.

“Di Batu Pahat mangsa yang ditempatkan di sebuah PPS SK Seri Bunut masih kekal seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut laporan Jabatan Perairan dan Saliran (JPS), hanya sebatang sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Sembrong di batu Dua Sembrong di Batu Pahat (3.23 meter).

Tiga sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Kesang di Sungai Tangkak Kampung Sri Makmor (3.07 meter), Sungai Lenik di Ladang Chaah (5.07 meter) dan Sungai Jemaluang di Kampung Paya Dato (1.25 meter).

Jabatan Meterologi Malaysia pula meramalkan cuaca dijangka cerah diseluruh negeri ini pada hari ini.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here