Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Matlamat Malaysia untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi kini berada di landasan yang tepat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semalam, Bank Dunia telah meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus untuk tahun ini daripada ramalan awal 4.3 peratus sebelum ini.

Menurutnya, nilai ringgit juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada Julai lalu di mana ringgit meningkat sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ia jauh mengatasi prestasi dolar Singapura, baht dan rupiah yang hanya mencatatkan peningkatan purata satu peratus.

“Jumlah pelaburan yang diluluskan juga melonjak kepada RM160 bilion pada separuh pertama tahun ini meningkat 18 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun
2023.

“Nilai dagangan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 18.6 peratus pada Ogos lalu, tertinggi dalam tempoh 22 bulan sementara inflasi menurun kepada 1.9 peratus
dan kadar pengangguran stabil pada 3.3 peratus dengan 190,000 peluang pekerjaan dicipta pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pelaburan besar daripada lima firma teknologi dunia seperti N.vidia, Google, Microsoft, Amazon dan Infineon telah mengumumkan komitmen pelaburan berjumlah USD$20.2 bilion iaiu menjadi pemangkin kepada lebih banyak pelaburan dalam negara.

“Masih banyak lagi pencapaian cemerlang yang kita boleh banggakan sebagai rakyat Malaysia. Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan, nilai dagangan melonjak, rizab Bank Negara Malaysia meningkat, penyeludupan diesel berjaya dikekang dan banyak lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here