Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) , Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, sindiket berkenaan menjadikan rumah sebagai stor dan tempat pembungkusan semula iaitu dengan memasukkan dua paket syabu yang dikedapkan ke dalam tong pengemulsi kek (ovalette) sebelum diedarkan ke pasaran luar negara dan Lembah Klang.