Seorang lelaki maut dalam kemalangan MPV Toyota Innova dan sebuah bas di Simpang Kampung Panca Jaya, Bekok, Labis, Segamat, hari ini.

SEGAMAT – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova dan sebuah bas di Simpang Kampung Panca Jaya, Bekok, Labis di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Hafifie Md Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 1.47 petang.

Susulan itu katanya, seramai lapan dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang lelaki dalam MPV tersebut tersepit manakala dua lagi dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital.

“Operasi itu yang diketuai Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I Sharfini mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Katanya, mangsa, Jaya Atim yang berusia 48 tahun diberikan rawatan awal sebelum dibawa ambulans namun meninggal dunia semasa sampai di hospital.

Sementara pemandu bas henti-henti tersebut cedera dan dihantar ke hospital.

Beliau menambah, operasi tamat pada pukul 3.03 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast