KUALA LUMPUR- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik penipuan dalam talian yang menggunakan dokumen palsu berlogo APM.

APM sebelum ini telah menerima panggilan daripada orang awam yang juga pembekal makanan jam 10.15, pada 7 Oktober lalu.

“Pemanggil meminta pengesahan bayaran mengenai bekalan makanan untuk majlis yang kononnya akan diadakan pada 8 Oktober.

“Kami mengesyaki berlaku cubaan penipuan menggunakan nama dan dokumen palsu dengan logo rasmi APM,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Susulan itu, pihak APM Daerah Hulu Selangor telah membuat satu laporan polis berkaitan kes itu untuk tindakan dan siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast