BEIRUT – Tentera Lubnan menahan dua warga Syria kerana disyaki telah direkrut untuk bekerja dengan Israel, setelah kumpulan Hizbullah menjadi sasaran bom di Lubnan.
Perisikan tentera Lubnan menahan warga Syria ‘kerana mengambil gambar di tembat yang berbeza… dan mendokumentasikan mengenai serangan udara musuh,” menurut kenyataan tentera menerusi platform X.
Penahanan tersebut dilakukan ‘berikutan pemantauan dan tindakan susulan rangkaian pengintipan yang dilakukan Israel dan ejen musuh’, kata kenyataan itu.
Kedua-dua suspek turut mendokumensikan ‘operasi mencari dan menyelamat dan penemuan mayat’ di kawasan di mana Israel melakukan serangan dan (mereka)’ direkrut menerusi media sosial,” ujarnya sambil menambah pihak berkuasa undang-undang sedang melakukan siasatan.
Israel yang mengebom Lubnan lebih dua minggu berkata, ia menyasarkan komandan dan tentera Hizbullah dalam serangan yang telah membunuh 1,200 orang sejak 23 September lalu, menurut perangkaan AFP.
Lubnan melarang warganya berhubung atau mengembara ke Israel.
Kecurigaan berada pada tahap tinggi selepas Komandan Kanan Hizbullah dibunuh Israel baru-baru ini, termasuk pemimpin kumpulan itu, Hassan Nasrallah.
Perkhidmatan keselamatan Lubnan telah menahan berpuluh-puluh orang kerana disyaki bekerjasama deng Israel, dengan ada antaranya dipenjara sehingga 25 tahun – AFP