SHAH ALAM – Penantian lima tahun untuk mendapatkan keadilan dalam kes samanĀ  bekas murid dipukul bekas guru dengan penyapu disifatkan sebagai berbaloi apabila kemenangan akhirnya berpihak kanak-kanak terbabit.

Bapa bekas murid tersebut, Mohd. Amirul Azdi Md. Yusuf, 41, berkata, meskipun saman anaknya ditolak Mahkamah Sesyen Selayang pada 20 Mac lalu namun proses rayuannya berjaya hari ini.

“Allah mendengar doa kami dan penantian selama lima tahun ini berbaloi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Amirul memberitahu, dia sekeluarga menempuh pelbagai dugaan khususnya anak lelakinya itu yang dipinggirkan rakan sekolahnya sebelum ini.

“Selepas kejadian itu, anak saya yang ketika itu hanya berusia lapan tahun mengalami trauma dan dipinggirkan rakan-rakan sekolahnya selama dua tahun.

“Kami cuma mahu menuntut keadilan dan ia akhirnya berbalas dengan keputusan mahkamah sebentar tadi,” katanya.

Terdahulu seorang bekas guru sekolah kebangsaan di Selayang diarah membayar ganti rugi berjumlah RM90,000 kepada seorang bekas murid atas dakwaan memukul menggunakan penyapu sehingga berdarah dan menerima lima jatihan di kepala.

Perintah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Sivil, Datuk Hazizah Kassim terhadap defendan pertama selepas membenarkan rayuan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Nor Rajiah Mat Zin yang dibuat pada 20 Mac lalu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here