Pelancaran peluru berpandu dari bandar-bandar Iran ke Israel. foto IRNA
MOSCOW – Tehran memberi amaran menerusi saluran diplomatik untuk menyerang sekutu Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi dan Timur Tengah jika wilayah dan ruang udara negara terbabit digunakan untuk menyerang Iran, menurut para pegawai Arab yang dipetik The Wall Street Journal.
Menurut laporan itu, Tehran mengeluarkan amaran kepada Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar semalam.
Pihak berkuasa negara-negara terbabit dilaporkan telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bahawa mereka tidak mahu membenarkan AS dan israel menggunakan infrastruktur tentera dan ruang udaranya digunakan dalam aktiviti menyerang Iran.
Pada minggu lalu, sekumpulan pegawai tentera Iran berkata bahawa ‘jika terhadap campur tangan secara langsung oleh negara-negara yang menyokong Israel, termasuk AS dan pencerobohannya terhadap Iran, pangkalan dan kepentingan (tentera) mereka di Timur Tengah akan menghadapi serangan yang hebat’.
Semalam, Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan perbincangan mengenai rancangan serangan Israel ke atas Iran.
Menurut media AS, terdapat jurang yang ‘rapat’ antara apa yang Israel mahu lakukan dan apa yang warga AS sedia untuk mereka lakukan. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here