Philemon Yang

HAMILTON –  Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philemon Yang mengutuk serangan Israel terhadap kedudukan pasukan pengaman  di Lubnan yang mencederakan dua anggota pengaman, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap Perhimpunan Agung, Sharon Birch, dalam satu sidang media mengakui peranan penting yang dimainkan oleh Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) dalam memastikan keamanan dan keselamatan di wilayah tersebut. 

Beliau turut menyeru semua pihak untuk mematuhi tanggungjawab mereka serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Menurut UNIFIL, ibu pejabat mereka di Naqoura serta beberapa tapak lain telah berulang kali diserang tentera Israel sehingga mengakibatkan dua anggota pengaman cedera.

Sejak 23 September, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke seluruh Lubnan dengan mendakwa ia menyasarkan kedudukan Hizbullah.

Serangan tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 1,323 orang terbunuh, lebih 3,700 cedera dan lebih 1.2 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Serangan udara ini mencetuskan peningkatan ketegangan dalam peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah yang bermula susulan serangan agresif Israel ke atas Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan lebih 42,000 orang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast