Cybercab keluaran Tesla Foto: Tesla

KUALA LUMPUR- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk memperkenalkan ‘Cybercab’, teksi robot autonomi sepenuhnya yang direka tanpa stereng atau pedal, dengan pengeluaran ditetapkan untuk bermula sebelum 2027.

Pengumuman itu dibuat semasa acara Tesla ‘We, Robot’ di studio Warner Bros berhampiran Los Angeles, dan disiarkan secara langsung di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya.

Musk berkata, Cybercab, tersedia dengan harga kurang daripada AS$30,000, akan membolehkan ‘transit massa individu’ dan mungkin menyumbang kepada pengurangan kos transit, antara kelebihan lain.

“Apabila kita memikirkan tentang pengangkutan hari ini, terdapat banyak masalah yang kita ambil mudah yang kita fikir adalah perkara biasa, seperti perlu memandu di sekitar trafik selama tiga jam di Los Angeles. -BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here