Kanak-kanak Palestin yang mengalami kekurangan zat makanan atau penyakit kronik seperti kanser, menunggu bersama ahli keluarga di hospital Nasser di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 24 Jun 2024. Foto AFP.

ISTANBUL – Situasi dengan kanak-kanak di Semenanjung Gaza adalah serupa dengan keadaan Jepun selepas bom nuklear dijatuhkan pada akhir Perang Dunia Kedua, kata Toshiyuki Mimaki, Pengerusi Bersama Nihon Hidankyo, kumpulan pemenang Hadiah Keamanan Nobel Hiroshima dan Nagasaki yang terselamat dari bom atom.

“Di Gaza, kanak-kanak yang berdarah ditinggal (oleh ibu bapa mereka). Ia seperti di Jepun 80 tahun lalu,” kata Mimaki pada sidang akhbar di Tokyo.

Tambahnya, ketika Perang Dunia Kedua kanak-kanak di Hiroshima dan Nagasaki kehilangan bapa mereka dalam perang dan ibu mereka maut dalam serangan bom.

“Mereka menjadi yatim piatu.

“Rakyat mengharapkan keamanan. Tetapi ahli politik berkeras untuk melancarkan perang. ‘Kami’ tidak akan berhenti sehingga kami menang.’ Saya fikir ini benar untuk Rusia dan Israel, dan saya sentiasa tertanya-tanya mengapa kuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat menghentikannya,” kata Mimaki.

Beliau juga memberi amaran bahawa senjata nuklear tidak membawa keamanan.

“Dikatakan kerana senjata nuklear, dunia mengekalkan keamanan. Tetapi senjata nuklear digunakan oleh pengganas.

“Jika Rusia menggunakan nuklear menentang Ukraine, atau Israel menyerang Gaza, ia tidak akan berhenti di situ,” ujarnya.

Mimaki berkata, dia berusia 3 tahun apabila bom atom dijatuhkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945, membunuh 140,000 mangsa.

Tiga hari kemudian, bom lain melanda Nagasaki, membunuh 70,000 lagi.

Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, menamatkan Perang Dunia Kedua.
Penerima Hadiah Nobel Keamanan untuk 2024 ini telah dianugerahkan kepada Nihon Hidankyo, sebuah gerakan akar umbi yang mewakili mangsa yang terselamat dalam pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki 1945, yang dikenali sebagai Hibakusha.

Nihon Hidankyo, yang diasaskan pada tahun 1956, telah menjadi suara bagi mangsa bom atom yang terselamat, menjai saksi kengerian peperangan nuklear dan menyokong pemansuhan sepenuhnya senjata nuklear. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here