Cha Hoong Fong

KUALA LUMPUR – Seramai enam individu, termasuk dua wanita, yang disyaki menculik seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditahan di tiga lokasi di Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong yang mengesahkan kanak-kanak yang hilang pada 8 Oktober lalu ditemui selamat semalam berkata, suspek yang berumur antara 13 hingga 23 tahun itu ditahan bermula jam 5 petang di Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran, Selangor.

“Hasil siasatan berdasarkan berdasarkan rakaman CCTV di premis-premis yang berdakatan mendapati kanak-kanak itu telah berjalan kaki dan menaiki sebuah kereta jenis Myvi warna hitam dipercayai diculik dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Serbuan ke atas suspek itu dilakukan anggota polis dari cawangan Unit Dadah (D8), Jabatan Siasatan jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Menurut Hoong Fong, pihaknya telah mengklasifikasikan semula kes tersebut di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mana-mana orang atau dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang yang memperuntukan hukuman tujuh tahun penjara dan denda.

Tambah beliau, pihaknya turut merampas sebuah kereta Perodua Myvi yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.

Hoong Fong berkata, semakan mendapti salah seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Katanya, permohonan reman ke atas semua suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Klang pada hari ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta menyalurkannya kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atam balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here