Khairy memenangi trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-36. Foto FB Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR – Bekas menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memenangi trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) menganggap industri seni sebagai tempat persinggahan sebelum beliau kembali kepada dunia politik.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tidak pasti berapa lama akan ‘dibuang’ daripada dunia asal itu kerana dunia hiburan bukan dunianya.

Namun penyampai radio Hot FM itu berkata, dunia hiburan yang agak asing itu kini menawarkan tempat untuk dirinya berteduh seketika.

“Dunia hiburan ini bukan dunia saya. Saya datang dari dunia politik. Tetapi saya tergelincir dari dunia asal saya dan dibuang (mungkin seketika, mungkin lama). Dunia hiburan dan media yang agak asing bagi saya telah menawarkan tempat untuk saya berteduh.
“Mungkin ia bermula sebagai troll atau prank, tetapi Hot FM memberi peluang kepada saya ke udara melalui radio. They took a chance on me. Terima kasih kepada mereka. Terutama Nazri, Jake, Aaron dan Shah.
“Saya ditemukan dengan sosok-sosok radio yang hebat, AG, Fara dan Johan. Mereka mengajar saya selok belok industri baharu. It’s never too late to learn something new. Even for an old guy like me! Tidak lupa kepada semua yang behind the scenes, Krel, Ijal, Faz, Fasya, Pop, Firul, Arabelle and team. Kemenangan ini milik anda semua.
“Sepertimana saya sebut semalam dalam ucapan saya, “Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu, never give up! Percaya kepada perancangan Allah. Alhamdulillah. Do your best. Allah will do the rest. Do what you can. Allah will do what you can’t,” tulis dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Lebih setahun bertugas di stesen radio popular itu, Khairy atau mesra disapa KJ mempunyai aura tersendiri untuk membuat pendengar terhibur dengan celotehnya yang bersahaja.

Karisma sebagai bekas pemimpin juga terserlah terutama ketika membicarakan topik serius menerusi slot kendaliannya.

Sementara itu, suara Khairy buat kali pertama berkumandang di stesen radio Hot FM mengendalikan slot Bekpes Hot bersama Johan dan AG pada 15 Februari tahun lalu.

Khairy menyertai Hot FM dalam segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Farah Fauzana pada 9 Februari tahun lalu.

Beliau bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Masuk hiburan sekadar mencari simpati dan mempersenda seteru politik. Meski menang ABPBH, tak semestinya berjaya dalam politik. Teruskan berkarya. Itu pintu rezeki yang Allah pilih untuk kamu.

Comments are closed.