Sebahagian besar wilayah Gunungkidul merupakan kawasan bukit dan pergunungan kapur.

KUALA LUMPUR – Nama Gunungkidul mula popular apabila daerah yang terletak di Yogyakarta, Indonesia itu menyambut Hari Raya Aildilfitri lebih awal pada tahun lalu.

Di sebalik kontroversi itu, nama Gunungkidul sebenarnya berasal daripada bahasa Jawa yang bermaksud gunung di selatan yang menawarkan pelbagai daya tarikan alam.

Sebahagian besar wilayah itu merupakan kawasan bukit dan pergunungan kapur. Malah Gunungkidul juga dikenal sebagai daerah tandus kerana sering mengalami kekeringan di musim kemarau.

Terletak sekitar 25 kilometer dari pusat kota Yogyakarta, wilayah ini menyimpan sejarah unik apabila memiliki gunung berapi purba yang pernah aktif dikenali Gunung Nglanggeran.

Berusia kira-kira 60 juta tahun, gunung ini pernah aktif dan terletak di bawah laut. Bagaimanapun, akibat proses geologi, ia akhirnya mati dan muncul naik setinggi 700 meter dari aras laut.

Walaupun kelihatan sangat curam, aktiviti pendakian masih sesuai kerana terdapat laluan yang boleh dilalui. Pendaki juga boleh menikmati pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan mereka.

gunung yang menjadi salah satu tempat pendakian utama di Gunungkidul dengan ketinggiannya sekitar 700 meter dari aras laut.

Masa untuk sampai ke puncak juga tidak lama dan cuma sekitar dua jam.

Dalam perjalanan, pendaki akan melalui beberapa celah batu kuno yang sempit dan cerun tajam selain terdapat kawasan untuk berehat melepas lelah.

Tarikan utama Gunung Nglanggeran terletak pada tempat bersejarahnya iaitu mata air di bawah gua iaitu Kali Song.

Selain itu, terdapat juga sebuah gua kecil yang diapit oleh batu-batu besar yang dikenali Song Gudel .

Menurut cerita orang tempatan, terdapat lagu Gudel bermaksud gua anak kerbau yang sebelum ini digunakan untuk mengembala.

Selepas melepasi kawasan gua itu, pendaki akan bertemu kemudahan bilik mandi dan tapak perkhemahan yang dipanggil Camp Bejo sebelum naik mendaki ke atas lagi sepanjang 50 meter yang dipanggil Alley Sumpitan.

Akhirnya, pendaki akan tiba di gunung berapi purba ini yang mempunyai puncak dikenali Gunung Gede di mana sering menjadi destinasi pelancongan bagi mereka menunggu matahari terbit.

Paling istimewa, gunung yang menjadi salah satu tempat pendakian utama di Gunungkidul dengan ketinggiannya sekitar 700 meter dari aras laut yang memberi kepuasan maksimum bagi mereka yang sampai di puncak. – MalaysiaGazette

Gunungkidul bermaksud gunung di selatan yang menawarkan pelbagai daya tarikan alam semula jadi.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here