HWPL Malaysia menganjurkan sesi meja bulat bersama beberapa tokoh dalam kalangan agamawan, politik, media dan pendidikan baru-baru ini di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Keamanan Sedunia Heavenly Culture, World Peace, Restoration of Light (HWPL) dianjurkan penuh meriah di seluruh dunia melibatkan 122 negara termasuk Malaysia dengan mempromosi keharmonian global.

Lebih bermakna lagi apabila HWPL yang berpusat di Seoul, Korea Selatan turut meraikan penubuhan pertubuhan antarabangsa yang sudah mencecah 10 tahun dengan keahlian lebih 500,000 orang di 170 negara selain melaksanakan projek keamanan melalui MOA atau MOU dengan 1,014 organisasi di 105 negara.

Ulang tahun ke-10 Sidang Kemuncak Keamanan Dunia itu bertemakan Harmoni Dalam Kepelbagaian meraikan setiap sumbangan bermakna kepada dunia.

Tidak ketinggalan, HPWL Malaysia turut menganjurkan sidang kemuncak keamanannya sendiri baru-baru ini dengan sesi di Kuching, Sarawak yang dihadiri oleh pengarahnya, Bong Yuet Ning.

HPWL Malaysia turut menganjurkan sidang kemuncak keamanannya sendiri baru-baru ini dengan sesi di Kuching, Sarawak yang dihadiri oleh Pengarahnya, Bong Yuet Ning.

Kata HWPL dalam kenyataannya, selain Kuching, di Kuala Lumpur turut diadakan satu sesi perbincangan meja bulat yang mengumpulkan tokoh politik, agama, pendidikan dan media.

Antaranya, Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan, Datuk Yong Soo Heong, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandra, Setiausaha Antarabangsa Persekutuan Hindu Dunia, Dr Kandasamy dan Penasihat Agama & Ketua Sami di Ti-Ratana Lumbini Garden, Bhante Hemaloka.

Sidang kemuncak yang sama bertujuan untuk memupuk dialog antara pelbagai sektor, menggalakkan kerjasama untuk menangani cabaran tempatan dan membangunkan projek keamanan yang mampan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast