Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan untuk pramesyuarat yang berlangsung di Seri Perdana, di sini.

Pertemuan itu adalah sebagai persediaan sebelum bermula persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15, yang akan bersidang esok hingga 29 Oktober depan.

Antara yang kelihatan memasuki Kompleks Seri Perdana mulai jam 2.30 petang tadi adalah Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut hadir adalah Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil; Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast