Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar tiada pihak ketiga masuk campur dalam isu yang membabitkan 32 peniaga di Cameron Highlands.

Titah baginda dalam hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang, ia bagi memastikan sebarang permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada pihak mengeruhkan keadaan.

Baginda menegaskan bahawa isu berkenaan turut berada dalam perhatiannya dan laporan berhubung permasalahan tersebut telah dipersembahkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan pihak kerajaan.

Berikutan itu, Al-Sultan Abdullah meminta agar semua pihak akur dengan keputusan dibuat Kerajaan Negeri.

Terdahulu, tular klip video di media sosial seramai 32 orang peniaga kedai medan selera di Cameron Highlands mendakwa ditindas ekoran kenaikan sewa daripada RM500 kepada RM5,000 sebulan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Exco siasat dakwaan sewa pasar Cameron Highlands naik hingga RM5,000

 

Dakwa sewa pasar Cameron Highlands naik, PDRM buka 3 kertas siasatan

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here