KUALA LUMPUR β Syarikat baja terkenal, Kumpulan Taaveekun mengharumkan nama Malaysia di luar negara apabila apabila dipilih sebagai penerima Pencapaian Kecemerlangan Profesional di Indonesia.
Pengiktirafan itu diberikan kepada pengasas dan presiden syarikat, Md Fadzilah Ariffin oleh Kamar Entrepreneur Indonesia (KEIND) dalam satu majlis di Jakarta yang menghimpunkan usahawan kecil, sederhana dan besar dalam satu forum kerjasama.
Md Fadzilah meluahkan rasa syukur kerana amalan pertanian bagi mengekalkan kelestarian rantaian nilai pertanian yang diperkenalkan Taaveekun kini mendapat perhatian di negara jiran itu.
Menurutnya, konsep itu memenuhi keperluan pihak berkuasa di sana yang turut mementing keadaan di mana sesuatu sumber, alam sekitar atau ekosistem dipelihara dan dijaga agar kekal dalam keadaan baik dan berfungsi untuk jangka masa panjang.
βIa menekankan keseimbangan antara keperluan manusia dan alam, memastikan penggunaan sumber secara bertanggungjawab tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka,β katanya dalam satu kenyataan..
Pada majlis sama, Fadzilah turut dijemput dalam satu sesi bual bicara untuk berkongsi pengalamannya selama 20 tahun membangunkan produk baja yang mengutamakan rawatan ke atas tanah terlebih dahulu.
Ketika ini, kapasiti penghasilan produk Taaveekun di kilang yang terletak di Bukit Kayu Hitam, Kedah yang dikendalikan oleh Taaveekun Manufacturing Sdn. Bhd berupaya menghasilkan lebih 200,000 metrik tan setahun pengeluaran baja dan sentiasa bersedia menerima tempahan.
Sejak beroperasi 20 tahun lalu, antara produk popular Taaveekun adalah perapi tanah atau Soil Amendment dan juga Smart Fertilizer.
Taaveekun yang beribu pejabat operasi di Kota Sarang Semut dan kilang pengeluaran di Bukit Kayu Hitam di Kedah itu turut membuka premis operasi di Hatyai, Thailand.
Selain itu, Taaveekun juga telah bertapak di negara Brunei sejak enam tahun lalu dan sedang mengintai peluang untuk menembusi pasaran Kemboja dan juga Indonesia. – MalaysiaGazette