Gambar hiasan

KUANTAN – Pahang kini sudah mula dilanda banjir apabila empat pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah Temerloh sejak semalam.

Menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 200 mangsa banjir daripada 59 keluarga telah dipindahkan ke 4 PPS di Temerloh setakat pukulĀ  9.30 pagi tadi.

Mangsa yang terlibat melibatkan 82 lelaki dewasa, wanita (54), kanak-kanak lelaki (26), kanak-kanak perempuan (33), bayi lelaki (2) dan bayi perempuan (3).

“Seramai empat mangsa warga emas lelaki dan lapan warga emas wanita dipindanhkan ke PPS manakala tiada laporan mangsa dari kalangan orang kelainan upaya (OKU).

“Sebanyak 37 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang manakala 34 orang daripada 10 keluarga berlindung di Balai Raya Mempateh.” katanya.

Selain itu seramai 19 mangsa daripada 4 keluarga di PPS Masjid Kampung Bongsu dan 110 mangsa daripada 32 ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Semantan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast