hamas
Logo Hamas

TEHRAN- Sekiranya masyarakat dunia lantang bersuara menentang genosid dilakukan Israel, rejim itu tidak akan berani untuk terus melakukan kekejaman terhadap penduduk Gaza atau meluaskan penindasan mereka ke peringkat serantau.

Kenyataan oleh kumpulan pejuang Hamas itu dikeluarkan Pusat Maklumat Palestin susulan serangan udara Israel terhadap sebuah sekolah di tengah-tengah Gaza yang telah mengorbankan puluhan nyawa yang tidak berdosa.

“Musuh tidak akan berani untuk meneruskan pembunuhan kejam ini sekiranya Amerika Syarikat tidak melindungi rejim tersebut dan masyarakat antarabangsa pula terus berdiam diri menyaksikan jenayah yang dilakukan Israel,” tegas Hamas dalam kenyataan itu.

Tambahnya, serangan tersebut menunjukkan “Israel akan meneruskan perang genosid terhadap rakyat Palestin.”

Dalam kenyataan itu juga, Hamas mendesak masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meningkatkan usaha untuk memaksa rejim Israel menghentikan serangan.

Ia turut menggesa badan-badan antarabangsa mengheret pegawai-pegawai kanan Israel ke muka pengadilan.

Awal pagi Isnin, rejim zionis memulakan serangan bom terhadap Sekolah Mufti di kem pelarian Nuseirat di tengah-tengah kota Gaza.

Had it not been for world's silence, Israel would not have dared to continue massacre: Hamas
Khemah pelarian yang terbakar akibat serangan udara Israel

Laporan awal mengatakan seramai 22 terbunuh manakala 80 lagi cedera akibat serangan udara itu.

Israel turut mengebom khemah-khemah pelarian berhampiran Hospital Syahid Al-Aqsa yang menyebabkan empat orang terkorban dan 40 yang lain cedera.

Terdapat laporan media Arab mengatakan terdapat mangsa yang terbunuh akibat khemah mereka terbakar. -IRNA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here