Logo Majlis Keselamatan Negara. foto HAZROL ZAINAL, 30 MAC 2020.

KUALA LUMPUR- Kerajaan menawarkan program rehabilitasi sukarela kepada ahli-ahli GISBH.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin dalam kenyataan hari ini berkata, program tersebut adalah salah satu inisiatif untuk membimbing ahli-ahli GISBH untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Pusat berkenaan akan dikendalikan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta beberapa agensi terbabit dalam isu GISBH.

Menurut beliau, pendaftaran dibuka selama 30 hari bermula hari ini sehingga 14 November dan ahli GISBH yang ingin mendaftar boleh melayari https://form.jotform.com/242760538389468.

“Mereka yang memerlukan bantuan pendaftaran pula boleh menghubungi pusat panggilan JAKIM di talian 03-88707294/7295/7296 atau Bilik Situasi Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON) MKN di talian 03-88880733 atau mendaftar di Jabatan Agama Islam Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah,” katanya.

 

Program itu akan dilaksanakan secara berperingkat selama 90 hari di beberapa pusat latihan kerajaan terpilih selain disediakan penginapan, makan dan minum sepanjang tempoh itu.

Dalam pada itu, Raja Nurshirwan menasihatkan ahli-ahli GISBH yang mendapat ancaman atau ugutan untuk menyertai program ini supaya membuat laporan polis. -MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here