Polis Kontinjen Selangor bersama pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISBH dalam serbuan yang dibuat pada jam 6.30 pagi ketika di Bandar Country Homes, Rawang. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2024.

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyediakan beberapa cadangan program untuk ahli-ahli Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, program-program itu sedang dirancang dan diperhalusi bagi membantu individu-individu terlibat.

“Antara cadangan program yang diketengahkan adalah Program Pemulihan Akidah, Syariah dan Akhlak serta Program Pengesahan Pendaftaran Perkahwinan.

“Ini termasuk Program Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Mikro Sara Hidup, Program Kaunseling Keluarga dan Program Dakwah Bekas Ahli.

“MAINJ selaku pihak berkuasa agama sentiasa komited bagi membimbing mereka kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah al-Maturidiyah serta memastikan agama Islam terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah mengisytiharkan GISBH sebagai sesat kerana mempunyai unsur ajaran sesat khususnya batiniah, diikuti Selangor dan Pahang.

Melaka menjadi negeri keempat mengisytiharkan GISBH sebagai sesat pada hari ini.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here