Mangsa ketiga iaitu pekerja warga Bangladesh yang melecur dalam kebakaran empat kilang di Kawasan Perindustrian SILC, Isknadar PUteri, khamis lalu meninggal dunia malam tadi

ISKANDAR PUTERI – Selepas hampir lima hari bertarung nyawa, mangsa terakhir kebakaran empat kilang di kawasan perindustrian SILC Gelang Patah di sini Khamis lalu meninggal dunia malam tadi.

Mangsa yang merupakan pekerja warganegara Bangladesh itu disahkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.50 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa berusia 20an itu meninggal dunia akibat kesan lecuran yang teruk di badan akibat kebakaran kilang tersebut.

“Mangsa bersama-sama dua rakan sekerjanya yang juga warga Bangladesh dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru setelah melecur teruk akibat kebakaran empat kilang itu.

“Mangsa yang dimasukkan ke zon merah wad kecemasan hospital terbabit sejak Khamis lalu disahkan meninggal dunia malam tadi akibat kecederaan dialami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lalu, portal ini melaporkan empat kilang di kawasan Perindustrian SILC Gelang Patah terbakar hingga menyebabkan tiga lelaki pekerja kilang melecur 30 peratus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor masih menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengesan punca sebenar kebakaran empat kilang tersebut.

Salah seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan susulan pada Jumaat lalu manakala seorang lagi mengikut jejaknya seharinya kemudian.

Kematian mangsa terakhir tengah malam tadi menyaksikan tiada ada mangsa yang dapat diselamatkan dalam kejadian itu.- MalaysiaGazette

Tiga lelaki melecur empat kilang meletup, terbakar

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here