KUALA LUMPUR – Para pelabur asing menjual ekuiti domestik untuk minggu ketiga berturut-turut tetapi pada jumlah sederhana sebanyak RM45.7 juta pada minggu lalu.

Mereka menjual masing-masing sebanyak RM147.9 juta dan RM216.6 juta pada hari Isnin dan Jumaat tetapi cukup untuk menafikan aliran masuk yang dicatatkan dari Selasa hingga Khamis sebanyak RM44.4 juta dan RM70.2 juta, kata MIDF Research.

Sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah produk & perkhidmatan pengguna (RM98.0 juta), hartanah (RM31.8 juta), dan perladangan (RM23.7 juta), manakala sektor yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (- RM184.5 juta), pengangkutan & logistik (-RM48.0 juta), dan penjagaan kesihatan (-RM44.0 juta).

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur institusi tempatan terus menyokong bursa tempatan, merekodkan belian bersih untuk minggu kelima berturut-turut sebanyak RM93.4 juta.

Pelabur runcit pula menjadi pembeli bersih ekuiti domestik untuk minggu ketiga berturut-turut dengan jumlah RM102.5 juta.

Purata volum dagangan harian (ADTV) jatuh merentas semua kategori pelabur minggu lepas. Pelabur runcit menyaksikan penurunan sebanyak -0.6%, manakala institusi tempatan dan pelabur asing mencatatkan penurunan sebanyak -5.4% dan -6.4%. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here