Pembangunan pesat Malaysia mampu menarik pelaburan asing antaranya AirTrunk yang bertapak di Sydney, Australia yang memilih Johor sebagai destinasi pelaburannya sekali gus menawarkan pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat negara ini. limpahan ekonomi
Pembangunan pesat Malaysia mampu menarik pelaburan langsung asing (FDI) antaranya AirTrunk yang bertapak di Sydney, Australia yang memilih Johor sebagai destinasi pelaburannya sekali gus menawarkan pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat negara ini.

JOHOR BAHRU – Mendapat tender membekal 400 bungkus makanan sehari kepada pekerja di sekitar Taman Indusri SLIC antara limpahan ekonomi pelaburan langsung asing (FDI).

Menurut Mohamad Saiful Nizam Othman, 44, selain membekalkan makanan, pekerja di kawasan industri itu juga memilih restorannya, Noura De Sambal untuk makan tengah hari dan petang.

Pemilik restoran Noura De Sambal Lesung, Mohamad Saiful Nizam Othman bercakap pada media berkaitan pelaburan langsung asing Johor yang memberi manfaat kepada penduduk setempat ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Johor Bahru. Foto AIZAT ZAINAL, 1 OKTOBER 2024.
Pemilik restoran Noura De Sambal Lesung, Mohamad Saiful Nizam Othman berkongsi tentang limpahan ekonomi yang dirasainya hasil daripada pelaburan langsung asing ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Johor Bahru. Foto AIZAT ZAINAL, 1 OKTOBER 2024.

“Kawasan perindustrian sini boleh dikatakan besar, sekurang-kurangnya satu perempat pekerja datang ke sini untuk makan.

‘Saya mengambil sembilan orang pekerja untuk memasak, membungkus makanan selain melayan pelanggan di restoran ini,” katanya yang merupakan anak kelahiran Johor kepada MalaysiaGazette.

Peniaga nasi lemak, Zainon Sipon bercakap pada media berkaitan pelaburan langsung asing Johor yang memberi manfaat kepada penduduk setempat ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Johor Bahru. Foto AIZAT ZAINAL, 1 OKTOBER 2024.
Peniaga nasi lemak, Zainon Sipon bercakap pada media berkaitan pelaburan langsung asing Johor yang memberi manfaat kepada penduduk setempat ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Johor Bahru. Foto AIZAT ZAINAL, 1 OKTOBER 2024.

Turut mendapat nikmat ekonomi FDI adalah peniaga gerai jalanan, Zainon Sipon, 57 yang membuka dua cawangan menjual nasi lemak dan kuih-muih bersama suaminya, Tajuddin Mohamad, 64.

Beliau yang dibantu seorang anak kurang upaya berkata, kehadiran ramai pekerja di kawasan industri membolehkan dia dan suami memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sehari.

“Kita mula Isyak sediakan barang. Jam 11 malam kita masuk tidur, jam 2.30 pagi kita bangun, masak sampai ke subuh dan jam 7 pagi mula berniaga.

“Berniaga ini pun dapat membantu anak yang kurang upaya yang sukar dapat pekerjaan. Bersyukurlah dapat lunas hutang, rumah, bayar bil api, air.  Boleh balik kampung, belanja mak,” katanya sambil tersenyum.

Penghantar makanan, Mohd Syahmi Abd Halim bercakap pada media berkaitan pelaburan langsung asing Johor yang memberi manfaat kepada penduduk setempat ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Johor Bahru. Foto AIZAT ZAINAL, 1 OKTOBER 2024.
Penghantar makanan, Mohd Syahmi Abd Halim bercakap pada media berkaitan pelaburan langsung asing di Johor ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Johor Bahru. Foto AIZAT ZAINAL, 1 OKTOBER 2024.

Sementara penghantar makanan p-hailing, Mohd. Syahmi Abd Halim, 26, berkata, dia tidak menang tangan mendapat pesanan makanan daripada pekerja sekitar Taman Industri Tebrau.

Waktu puncak menghantar pesanan pelanggan pelbagai kaum adalah pada waktu makan tengah hari  dan waktu petang ketika pekerja mahu pulang yang memesan barangan basah.

“Alhamdulillahlah rezeki dekat area industri sini menjadi punca pendapatan saya dan isteri. Pesanan memang laju. Bolehlah menampung kos sara hidup kami sekeluarga,” katanya yang baru mendapat seorang cahaya mata.

Kawasan industri yang menerima pelaburan langsung asing turut menyuburkan industri perhotelan seperti Ibis Styles Hotel yang memilih Taman Indusri SLIC.

Pengurus Besar Ibis Styles Johor Iskandar Puteri, Charanita Gill berkongsi mengenai pemilihan lokasi Southern Industrial Logistics Clusters (SILC) untuk mendirikan hotel ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Johor Bahru. Foto AIZAT ZAINAL, 1 OKTOBER 2024. pelaburan langsung asing FDI
Pengurus Besar Ibis Styles Johor Iskandar Puteri, Charanita Gill berkongsi mengenai pemilihan lokasi Southern Industrial Logistics Clusters (SILC) untuk mendirikan hotel ketika
tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Johor Bahru. Foto AIZAT ZAINAL, 1 OKTOBER 2024.

Menurut Pengurus Besar Ibis Style Hotel Johor Bahru, Charanita Gill, 52, kebanyakan pelanggan terdiri daripada mereka yang mempunyai urusan perniagaan di sekitar kawasan industri terbabit.

“Setiap hotel menjual pemandangan yang indah, kami menjual pemandangan perindustrian SLIC. Dari sini anda juga boleh lihat Pelabuhan Tanjung Pelepas. Saya berada di sini sejak 2018. Dulu semak samun kini banyak kilang dibuka, banyak pembangunan.

“Tetamu kadang-kala menginap lama di sini, ada 30 hari, 60 hari, mereka ada projek di sini,” katanya sambil menambah hotel antarabangsa itu turut mengajikan berpuluh pekerja tempatan.

Jurutera AirTrunk, Mohamad Aminuddin Zaidi pelaburan asing FDI di Johor peluang pekerjaan
Jurutera AirTrunk, Mohamad Aminuddin Zaidi menikmati peluang dan faedah pekerjaan bertaraf antarabangsa tanpa perlu berjauhan dengan keluarga Foto AIZAT ZAINAL, 1 OKTOBER 2024.

Sementara itu pelaburan langsung asing seperti AirTrunk yang bertapak di Sydney, Australia turut memberi peluang pekerjaan kemahiran tinggi kepada penduduk tempatan.

Mohamad Aminuddin Zaidi, 31, yang merupakan Jurutera DSC AirTrunk antara yang bertuah kerana terpilih untuk bekerja di salah sebuah syarikat FDI dan syarikat terbabit menawarkan gaji yang tinggi sekaligus mengekalkan bakat tempatan dalam negara.

“Saya utamakan Malaysia dan mahu membantu mengembangkan ekonomi negara. Sebelum ini saya ada rancangan untuk pergi keluar negara, macam ke Arab Saudi, Singapura. Kemahiran dan pengalaman yang ada pada saya ini akan disumbangkan semula kepada negara,” kata beliau.

Ketua AirTrunk Malaysia, Pei Jet Lim bercakap pada media berkaitan pelaburan langsung asing Johor yang memberi manfaat kepada penduduk setempat ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Johor Bahru. limpahan ekonomi Foto AIZAT ZAINAL, 1 OKTOBER 2024.
Ketua AirTrunk Malaysia, Pei Jet Lim berkongsi bahawa sokongan daripada kerajaan pusat dan negeri membolehkan AirTrunk untuk bertapak di Malaysia dan membuat pelaburan dengan membuka pusat datanya di  Johor. Foto AIZAT ZAINAL, 1 OKTOBER 2024.

AirTrunk yang juga beroperasi di Jepun, Hong Kong dan Singapura turut memilih wanita tempatan, Pei Jet Lim untuk menerajui syarikat antarabangsa ini.

Bagi Pei Jet, pemilihannya merupakan satu penghormatan kepada Malaysia serta kaum wanita dan beliau bangga kerana negara ini menjadi destinasi pelaburan AirTrunk sekali gus menyumbang kepada ekonomi tempatan.

“Di mana kami telah menyatakan bahawa apa yang berkesan untuk kami dalam sistem tempatan yang tepat adalah bekerja dengan ekosistem tempatan.

“Kami cuba mengupah rakyat tempatan sebanyak mungkin, sebelum kami menggunakan sumber dari luar negara,” katanya.

Pembangunan pesat Malaysia mampu menarik pelaburan langsung asing (FDI) antaranya AirTrunk yang bertapak di Sydney, Australia yang memilih Johor sebagai destinasi pelaburannya sekali gus menawarkan pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat negara ini. limpahan ekonomi
Pembangunan pesat Malaysia mampu menarik pelaburan asing antaranya AirTrunk yang bertapak di Sydney, Australia yang memilih Johor sebagai destinasi pelaburannya sekali gus menawarkan pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat negara ini.

Sebanyak RM113.7 bilion pelaburan diterima oleh Johor dalam tempoh dua tahun, mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan.

Ia sekali gus menyaksikan Gerbang Selatan tanah air ini menjadi pengimport dan pengeksport terbesar negara.

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim April lalu bahawa dua zon ekonomi khas akan dilaksanakan, bakal melonjakkan ekonomi Johor yang sudah tentu bukan sahaja dinikmati oleh rakyat negeri ini, tetapi juga seluruh negara. -MalaysiaGazette

TONTON VIDEO: 

MGNews: Rakyat Nikmati Limpahan Ekonomi Hasil Kemasukan Pelaburan Asing

MGNews: Rakyat Nikmati Limpahan Ekonomi Hasil Kemasukan Pelaburan Asing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast