Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di bahu kiri jalan sebelum susur keluar Plaza Tol Ulu Tiram, Lebuhraya Senai-Desaru Johor Bahru malam tadi.

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di bahu kiri jalan sebelum susur keluar Plaza Tol Ulu Tiram, Lebuh Raya Senai-Desaru di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaim Ishak berkata, kemalangan berlaku pada pukul 7.40 malam melibatkan motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa berusia 27 tahun.

“Siasatan mendapati semasa tiba di lokasi kemalangan motosikal ditunggang lelaki terbabit hilang kawalan dan terbabas di tepi bahu kiri jalan.

“Akibatnya penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan parah pada muka dan kaki kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa, katanya, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultan Ismail di sini yang hadir di Lokasi untuk memberi rawatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast