Unit Patologi, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

KUANTAN – Suasana sayu menyelubungi perkarangan Unit Patologi, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini apabila ahli keluarga wanita yang maut akibat dihempap pokok di Gunung Tahan berkumpul menunggu keputusan bedah siasat mangsa.

Difahamkan, sejak awal pagi lagi, ahli keluarga mangsa, Allahyarhamah Wan Nurulhuda Mior Abdullah, 49, sudah tiba di sini termasuk dari Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu.

Suami mangsa kelihatan sugul dan masih belum bersedia untuk bertemu wakil media mengenai kejadian yang menimpa isterinya itu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Zukri Muhammad sebelum ini berkata, Wan Nurulhuda disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) di Pengkalan TUDM, Kuantan kira-kira 8 malam tadi.

Operasi membawa keluar Wan Nurulhuda terpaksa menggunakan bantuan helikopter TUDM berikutan lokasi kejadian yang sukar dilalui serta mengambil masa lama untuk sampai menerusi jalan darat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki wanita maut cedera dihempap pokok

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here