Hassan Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Seorang wakil kerajaan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap ahli-ahli Global Ikhwan Sdn Bhd Bussines (GISBH).

Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) ketika membahaskan sesi Penerangan Menteri mengenai Perkembangan dan Tindakan di Peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat hari ini berkata, penggunaan SOSMA adalah bertentangan dengan konsep Malaysia Madani oleh kerajaan.

“Menteri Dalam Negeri tolong jawab apa justifikasi menggunakan SOSMA kepada ahli-ahli GISBH yang ditahan. Adakah kerana kesalahan sebegini, SOSMA digunakan dan sampai bila-bila SOSMA akan dikaji balik dan tidak tidak mansuhkan.

“Ini bertentangan konsep Malaysia Madani,” katanya.

Hassan berkata sekiranya semua ahli-ahli syarikat itu melakukan kesalahan, mereka sepatutnya didakwa dengan segera dan bukannya ditahan melebihi 20 hari dibawah SOSMA.

“Kalau mereka salah, siasat dan dakwa di bawah Akta Kanak-kanak, tidak bayar cukai LHDN, siasat tetapi menggunakan SOSMA itu tidak betul.

“Saya tengok mereka di bawah dengan senjata M16, mereka ini pengganas macam di Lahad Datu sebelum ini?

“Jangan terlebih dan melampau, ini Parlimen kita jaga Perlembagaan jangan sampai mereka teraniaya. Sekiranya mereka bersalah, ada hak mereka dari segi undang-undang,” kataya lagi.

Semalam, pasukan peguam mewakili pengurusan kanan GISBH menggesa kerajaan tidak mengunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap pengikutnya yang ditangkap menerusi beberapa siri operasi sebelum ini.

Salah seorang peguamnya, Rosli Kamaruddin berkata,  kumpulan itu bukan pengganas yang patut ditahan di bawah peruntukan berkenaan.

Sebaliknya, beliau menyeru siasatan dijalankan secara aman dalam masa yang sama berlandaskan ihsan dan perikemanusiaan kepada tahanannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Terbaik YB Hassan..rakyat pun heran penggunaan SOSMA..padahal kalau betul ada isu penagbaian dan penderaan kanak2, boleh jaa guna Akta Kanak2…tak masuk akal lah

Comments are closed.