Pekerja teknikal Rapid Rail giat melakukan kerja baik pulih komponen rosak di landasan LRT Laluan Kelana Jaya hari ini

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja membaik pulih komponen landasan di antara Stesen Wangsa Maju dan Sri Rampai yang mengalami kerosakan ekoran air bertakung sedang giat dijalankan oleh pasukan teknikal Rapid Rail

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) berkata, kerosakan itu berlaku pada jam 10.20 pagi tadi, akibat aliran air hujan luar biasa dari kawasan sekitar yang memasuki landasan yang terletak di aras tanah hingga merosakkan beberapa komponen trek.

“Pihak operasi terpaksa menghentikan bekalan kuasa di kawasan terbabit bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan baik pulih dijalankan.

“Perkhidmatan tren perantara diaktifkan di antara Stesen Gombak dan Stesen Wangsa Maju, manakala tren dari arah Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Wangsa Maju,’ kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Rapid Rail turut menyediakan perkhidmatan 12 buah bas perantara percuma dengan kekerapan setiap 15 minit bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan mereka.

Rapid Rail akan memaklumkan perkembangan status perkhidmatan pada jam 3 petang ini.

“Kami berharap agar kerja-kerja baik pulih ini dapat diselesaikan sebelum waktu puncak petang.

“Kakitangan operasi dan polis bantuan tambahan telah ditempatkan di stesen berkenaan bagi membantu melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas.

“Pengumuman berterusan dibuat menerusi media sosial Rapid KL, di semua stesen dan di dalam tren untuk makluman penumpang.

“Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan masing-masing serta merujuk media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat berkenaan status perkhidmatan terkini perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya,” kata Rapid Rail.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here