KUANTAN – Seorang pendaki wanita maut selepas cedera akibat dihempap pokok tumbang ketika sedang tidur di kawasan Gunung Rajah, Kuala Tahan dekat Jerantut  malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut Deputi Superintendan Zukri Muhammad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) di Pengkalan TUDM, Kuantan kira-kira 8 malam tadi.

Mangsa Wan Nurulhuda Mior Abdullah berusia 49 tahun  cedera di pinggul dan tidak sedarkan diri sebelum operasi menyelamat dilaksanakan.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk menjalani bedah siasat di Unit Patalogi, hari ini.

“Mangsa menyertai pendakian bersama 10 peserta sejak 7 Oktober lalu,” katanyadalam satu kenyataan.

Katanya, operasi membawa keluar Wan Nurulhuda terpaksa menggunakan bantuan helikopter TUDM berikutan kedudukannya yang sukar dilalui serta mengambil masa lama untuk sampai menerusi jalan darat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here