Warga emas maut selepas mengubah laluan dan dilanggar sebuah kereta dalam insiden di Lebuhraya Salak, ibu negara.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas dilaporkan maut selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Salak, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan tentang nahas tersebut malam tadi.

“Siasatan pegawai penyiasat di lokasi nahas mendapati Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan, iaitu sebuah kereta dan sebuah motosikal sekitar jam 8.54 pagi.

“Siasatan polis mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki tempatan berumur 64 tahun telah mengubah laluan lalu dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh seorang wanita berumur 24 tahun,” katanya dalam kenyataan tadi.

Akibat perlanggaran itu, jelasnya mangsa telah mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Mayat mangsa dirujuk ke HUKM untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematiannya.

“Polis membuka kertas siasatan dan kes sedang disiasat di bawahSeksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here